PERATURAN PEMINJAMAN BUKU

Setiap peminjaman buku mesti menggunakan kad kod bar kecuali pelajar tingkatan 1 untuk tempoh (Jan – Feb). Anda tidak dibenarkan menggunakan kad pelajar lain.

Hanya dua buku sahaja boleh dipinjam oleh setiap pelajar pada satu-satu masa.

Waktu urusan peminjaman hanyalah ketika waktu rehat pertama dan kedua serta ketika pengawas perpustakaan bertugas sahaja.

Tempoh peminjaman ialah selama satu minggu. Buku-buku ulangkaji PMR, SPM dan STPM yang dipinjam tidak boleh diperbaharui (renew).

Selepas urusan peminjaman selesai, peminjam dinasihatkan menyemak semula tarikh peminjaman bagi mengelakkan kesilapan dan dikenakan denda sebanyak RM0.10 sehari.

Pastikan kad anda dipulangkan selepas anda mengembalikan buku di kaunter pemulangan.

Bahan-bahan selain buku boleh dipinjam setelah mendapat kebenaran guru Perpustakaan dan Media (GPM). Peminjam hendaklah menulis butir-butir diri dalam borang yang disediakan.

Buku-buku dari almari berkunci di meja pameran dan di kaunter HANYA BOLEH dibaca di dalam pusat sumber setelah butir-butir diri dicatat di dalam buku yang disediakan.

Buku-buku rujukan terhad (Redspot) yang bertanda merah dan kuning tidak boleh dipinjam kecuali dengan kebenaran GPM sahaja untuk tempoh yang singkat (2 hari). Peminjam hendaklah menulis butir-butir diri dalam borang yang disediakan.